Saturday, January 31, 2015

Sains Seri Puteri

Well hello and assalamualaikum people.


Harini saya nak share sikit pengalaman sepanjang dua tahun dekat Sains Seri Puteri or known as SESERI khas untuk rakan rakan bagi mengimbau kenangan ewahh hahah dan adik adik yang bakal ke seseri. Well untuk dua tahun berada dekat seseri di bawah penjagaan penuh kasih sayang oleh pengetua Datin Seri Zavirah Shaari merupakan antara saat saat yang paling berharga yang pernah saya alami dalam hidup.
Gambar atas nombor dua ni actually dewan makan hehehee 

RASMI PART

Well kita start dengan hari sekolah okay.

When i was in form four, i wake up at 430 am! Bapak awal tapi biasa la mula-mula. Lagipun masih junior kan hehehehehe so bila dah lama lama lambat jugak bangunnya. Jap let's make it simple

430 to 630 : Bangun mandi breakfast solat subuh
630 to 650 : Duty dorm [ sapu lap tingkap lap atas loker tegangkan cadar bla bla ]
650 to 710 : Reading session [ selasa  ganti perjumpaan rumah]
710 to 730 : Perhimpunan
730 to 150 : Belajar
150 to 250 : Rehat [ lunch + tukar baju prep ]
250 to 430 : Tutorial class + prep
430 to 630 : Boleh rehat rehat
630 to 7 something : Dinner sama sama
7 something to 8 : Maghrib time [ jemaah ]
8 to 10 : Prep
10 to 1015 : Supper [ wajib masuk tapi tak wajib makan ]
1015 to 10 something : Isya' [ jemaah ]
10 something to 1130 : Free time
1130 : Lights off and tidur zzz

And itu kehidupan untuk lima hari bersekolah seminggu. Untuk sabtu ahad lek lek sikit ( cuma sabtu ada prep dan ahad tak ada )

Nama nama batch :
  • Sagacious (2003–2004)
  • Vivacious (2004–2005)
  • Orion (2005–2006)
  • Calyx (2006–2007)
  • Zenith (2007–2008)
  • Valiant(2008–2009)
  • Bellatrix (2009–2010)
  • Clarion (2010–2011)
  • Elantra (2011–2012)
  • Estrella (2012-2013)
  • Alacris (2013-2014)
  • Aurelia (2014-2015)

 Classes :
  • Adioda
  • Bakerara
  • Cattleya
  • Dorisia
  • Eliara
  • Fialaara
  • Gastisia
  • Helpilia

Houses :

Dendrobium
Epidendrium
Oncidium
Brassidium

Dekat seseri rumah biru tak ada sebab seseri bertemakan orkid dan setakat ni tak ada lagi orkid warna biru. Pembahagian dorm mengikut warna rumah. Jumlah dorm ada 19 [ Dendro : 4 ; Epidendrium/Oncidium/Brassidium : 5 ]

Baju :



Kuning hitam : Baju prep
Ungu line kuning : Baju kokurikulum [ wear it on Wednesday ]
Baju batik ungu : Baju keluar bandar dan pulang bermalam
Merah/Oren/Kuning/Hijau line putih : Baju rumah [ pakai masa ada aktiviti rumah ]

TAK RASMI PART YANG BEST



Apa yang paling best dekat seseri adalah disebabkan kawan kawan. Bond between friends and seniors sangat sangat rapat. Senior memang baik. The first day saya datang ke seseri senior semua baik baik and dieorang bukannya berlakon. Seniors tolong angkatkan beg, bagitahu pasal seseri, bawa sana sini, and lain lain. Siap tolong ajar kan apa apa kalau tak faham. Dan hubungan baik ni berlanjutan sampailah sekarang. [ so parents jangan risau anak anak semua dalam keadaan baik sebab seseri tak ada buli buli hehehehe ]


Seseri best sebab korang akan terdidik untuk jadi friendly dan sporting sebab seseri amalkan 5S [ sopan senyum sapa salam and unknown S hehehehehe] believe me in this. Seseri jugak ajar kami untuk jadi lebih berkeyakinan dan sopan santun bak gadis melayu hehehe

Seseri best sebab seseri berada dekat tengah tengah bandar!!!!! Outing paling best sebab dapat pergi mana mana je ; Times Square, Pavilion, KLCC, Mid Valley, Sogo, Jalan Tar, PWTC [ selalu ada pesta buku ] ha mana lagi kau nak


Seseri ada pemandangan malam paling cantik sebab ada nya bangunan UMNO yang menerangi sekolah kami. Seseri boleh nampak klcc dengan jelas terang dan nyata. Balik balik prep tu best je tengok klcc dengan bangunan umno tu hahahaha lol.



Cikgu cikgu dekat seseri kebanyakan nya semua baik baik. That kebanyakan bukannya bermaksud ada cikgu yang jahat. Tak. Cuma garang and tegas je hehehehehehehe. Apa apa tak faham semua boleh tanya. Seseri ada cikgu cikgu yang sangat berkebolehan macam Puan Mahadiah, Cikgu Ahmad Hafiz, Cikgu Amin, Cikgu Hadip, Cikgu Hazilah, Miss Khor Swee Moi, Miss Liza dan ramai lagiiii. So no need to worry kena rajin tanya je okay! Dekat seseri selalu sangat buat experiment so senang faham kan praktikal berbanding belajar teori je


Selain tu, seseri banyak buat collaboration dengan pelajar sekolah lain. Bosan jugakkan belajar muka sama je 24/7. And the best part is bukan hanya dengan pelajar Malaysia je! Every year mesti ada kolaborasi dengan pelajar-pelajar Thailand. Selalunya seseri adakan kolaborasi dengan sekolah macam ASIS, STJ, RMC/MTD, SSP and bla bla bla ( memang tak lah nak sebut sesatu ) So kalau beruntung dapatlah menjelajah ke negeri negeri lain macam Johor ke Terengganu ke apa ke kan kan

 

Dekat seseri bab bab permainan yang aktif adalah permainan macam hoki, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola baling, boling and chess. Kalau korang pandai menari pergh boleh masuk Nirmala Digantra dan anda berpelung memakai make-up lol kalau nak best masuk Pengakap [ banyak aktiviti sampai matilah kau xxxxxx ]

lain lain yang best adalah laptop kamera powerbank boleh bawa! so boleh tengok movie waktu waktu sabtu ahad skype dengan mak ke apa ke

TAK RASMI PART YANG TAK BEST

Well kehidupan dekat seseri banyak dugaan beb. Sebab dekat seseri peraturan sangat sangat sangat sangat sangat ketat seperti contoh seseri ada waktu call. Waktu sekian sekian tak boleh call walaupun homesick [ tapi boleh consider dengan warden dan Hicom; Majlis Tertinggi ]

Pengawas seseri tegas tegas memang setiap tahun macam tu tapi dieorang baik je boleh je nak kauteam sebenarnya. Cuma jangan buat hal je. [ saya pun prefect jugak hehehehe ]

Seseri buat public speaking hari hari di mana korang kena bercakap in english or malay [ bergantung kepada nasib tapi semua orang akan kena sebenarnya hahaha ] yang paling perit bila kena buat hari isnin sebab pagi tu baru dapat tajuk and nama kena panggil waktu betul betul kena buat public speaking tu [ actually ni satu kebaikan jugak sebab melatih tahap keyakinna kita kan ]

Besides, seseri tak boleh makan dengan tangan everytime makan kena makan dengan susu dan garfu [ kalau anda berdegil juga untuk menjadi gadis melayu terimalah akibat kena dimerit disamping nama anda akan disebut seawktu tengah makan malam bersama sama pelajar lain ni sedih ]


Dekat seseri juga, kami pelajar pelajarnya (cewah) sangat sangat mementingkan kebersihan di mana pagi pagi tu semua kan kelam kabut gila sebab nak bersihkan dorm. Everything kena clean and clear okay. Kalau contoh tertinggal hanger [ yang patah walaupun satu dna kecil ] terimalah hakikat dorm anda akan slack pada hari tersebut dan ianya akan men-slack-kan pula hari anda sob sob loker pun kena kemas okay jangan sepah sepah nanti datin marah

Duduk dalam barisan pun kena straight jangan duduk senget senget

Dekat seseri jugak kadang kadang selalu terkejar kejar sebab takut kena dimerit. Haaaaaaa kalau lambat kena dimerit tau. Sedih i pernah kene dimerit sekali sebab tak tutup lampu masa nak naik prep. Kalau lambat naik kelas pun boleh kena dimerit. Tapi semua tu hanya menakutkan waktu mula -mula sekolah je dah lelama okay lah orang kata alah bisa tegal biasa kan hehehe okay dekat seseri benda jadi senang kalau dengar cakap cikgu and ikut peraturan.

And and and dekat seseri maggie diharamkan ya anak anak. mampus kau kalau jumpa maggie in your loker ke beg makanan ke apa ke. [ sebenarnya ni satu kebaikan sebab maggie kan bahaya makan positif ye anak anak ]

Dan yang lain lain akan korang rasa bila korang masuk seseri. Hidup dekat seseri sangat tough. Sumpah tak tipu. Tapi macam mana mana pun seseri is the best. Even though peraturan ketat mana pun korang tetap ada kawan kawan yang akan sentiasa tolong korang no matter what. Gaduh sikit sikit tu biasalah kan. So, nak masuk seseri? Fikir fikirkan dan selamat beramal hehehehehehe. 


Words from ex-seserian :-

"Seseri best sebab ada datin. Takde datin takdelah dugaan" - Amirah Md Nor
"Nak tahu kenangan pling banyak dekat mana? Seseri ahhh weh" - Nadia Safira
"Seseri banyak pancaroba dugaan godaan smue an an adee" - Arini Wahida
"Seseri je takde tong sampah" - Yasmin
"Seseri best sbb ada makcik jual karipap sedap"- Amirah Md Nor
"Kita sedikit sebanyak belajar erti kehidupan dekat Seseri" - Saradila Othman
"Nak jadi ironlady masuk ah seseri. lulz" - Izzati Kapi
"Challenging life to an extent of 180 degree, erecting legendary out of adversity - only in seseri"- Izaron
"Seserian lah pembersih tahap dewa" - Izzati Kapi
"Seseri mengajar kita jadi perempuan sejati gituuu hahah" -  Amirah Md Nor
"Seseri best" - Atifah Zulkifle
"Seseri best sbb mengajar kita tak makan maggie bila lapar lol" -  Amirah Md Nor
"Seseri best sbb bersih walaupun bangunan lama" -  Amirah Md Nor
"Seseri punya rules paling ridiculous but we still managed to bear with it" - Yanni Aliah
"Seseri buat Yana makin gemuk sbb setiap masa makan" - Yana
"Seseri school where friendships blossom" - Adrianna Nur
"Seseri ajar kita cipta kenangan sweet sour salty and bitter" - Arini Wahida
"Basketball seseri best sebab semua perempuan" - Aina Izzati

xoxo, Saya dari Alacris
Ilal liqa'
Assalamualaikum!

Tuesday, January 20, 2015

Insecure

Hello hello assalamualaikum

Memandangkan sekarang ni aku masih tidak bekerja ( sebab tengah tunggu result spm ) jadi memang banyak lah kesempatan aku untuk meng-scrool laman laman twitter instagram dan sebagainya dan semestinya bila kau dah follow orang orang cantik macam Khadyjah Fhatyah, Sheera Aiyob, Tasha Manshahar, Princess Meenie semua semua tu tahap insecure tu Ya Allah entahlah nak tak dapat aku nak gambarkan betapa jelesnya aku melihat ke-flawless-an dieorang.

Tak cukup dengan retis kawan kawan pun flawless flawless jugak macam Hafsah Anne Haniza Putri Nadirah aiyoo mak i cannot. I know that feeling bila kau nak keluar tetiba muka kau macam haram lepas tu jalan jalan pulak merata rata sana sini jumpa lagi orang flawless flawless tinggi tinggi ugh

Lepas tu lepas tu usha usha jap blog orang lain jumpa pulak cerita Kak Fatin Liyana dah bertunang i was like iolss dah tunang ke damn she's pretty like gila kau sedihnya aku ( aku tak sedih kak paten dah tunang malah aku gembira yang aku sedih sebab dia cantik sangat dan aku sedih okay )
 

jadi post harini aku pun tak tahu apa tujuan sebenarnya aku just nak bercakap je sebenarnya okay 
jumpa lagi
bye
ilal liqa'
assalamualaikum :)

Sunday, January 11, 2015

Kawan

Sebab bukan senang nak cari kawan
Yang ada bila kita susah dengan senang

Kebanyakan orang tahu ambik kesempatan atas kita je
Bila kita senang ada lah
Bila kita susah carilah dekat mana pun takde

Hidup ni bukan nak lepaskan diri kita je
Bila kita dah lepas
Kawan yang ada
Kita lupa
Tinggal macam tu je

Macam tu ke kawan?

Kalau itu definisi berkawan bagi kau
Aku rasa baik kita tak payah berkawan

Harini aku sedih sangat.
Sedih ada kawan macam ni.
Kau dah dekat tempat selesa dan kau tinggal aku yang masih lemas ni.
Susah ke nak tawarkan walau sedikit pertolongan?
Berat sangat ke aku ni sampai aku yg tengah 'lemas' ni kau tinggal macam tu je?

-sedih

Tuesday, January 6, 2015

nasib

pernah tak kita bayangkan

satu hari nanti kita tak ada apa apa
takde duit
takde rumah
takde makanan

macam mana kita nak hidup?

bayangkan semua benda yang kita ada sekarang
hilang secara tiba tiba
tanpa kita sempat nak selamatkan apa apa pun

agak-agaknya
macam mana nasib kita nanti ya

Saturday, January 3, 2015

Scholarships

Assalamualaikum people! Hai ni antara sikit link utk mohon biasiswa special utk lepasan SPM 2014! Jangan lupa mohon je okay! Mana tahu ada rezeki kita nak dapat kan? Good luck! 

SUMBER : WhatsApp

Sumber drp ipta ttg Permohonan
Kemasukan ke IPTA 2015/2016

√ 18 Jan 2015 - Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
√ 19 Jan 2015 - Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
√ 6 April 2015 - Tarikh tutup permohonan

tlg forward kpd kwn2 kita yg lepasan spm 2014..

Untuk matrikulasi dan asasi

Permohonan online upu ( upu.moe.gov.my )

• FASA 1: 19/1/2015 - 6/4/2015
• FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 - 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015

Cara isi borang online upu:

Bilangan program ade 12. Wajib isi 4.

1. Untuk program yg ade temuduga:
- Bgi research university (ru), isi pilihan 1-2.
- Bagi ipta biase, isi pilihan 5-6.

2. Bgi program yg x ade temuduga:
- RU pilihan no 1-4
- Ipta 5-6

Boleh kemaskini tiga kali termsuk yg fasa 2. Sila pastikan ade lagi peluang utk kemaskini semasa FASA 2 sbb mse tu kite buleh ikut kesesuaian result kite.

**Jgn isi pngk dan kaum semasa isi borang online. Sbb bende tu dah selaras sendiri dgn jpn. Hrp mklum.

Buat anak2  atau ahli keluarga sekiranya berminat.

Senarai biasiswa lepasan SPM



















YANG BAWAH NI DARIPADA SUMBER LAIN [ HARAP MAKLUM]

Antara biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan SPM/STPM/Matrikulasi dan setaraf: 




Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/








Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/


Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my
 
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my

Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html 

Yayasan Pahang: www.yp.org.my

Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my

Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my
Nb
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index