Wednesday, March 8, 2017

pada siapa?

hi assalamualaikum semua nya. so maafkan kejadian kelmarin hehe

topik harini adalah, di mana aku terfikir je. pada siapa sebenarnya orang terbaik untuk luahkan perasaan kita? I mean when it comes to the bad part la. kalau benda happy, contoh macam dapat pointer 4 flat ke memang happy melompat bulan la kan nak bagi tahu bestfriend la, mak ayah semua. kan?

tapi, kalau tiba-tiba one day, kau mental breakdown (bukan gila eh) macam tetiba rasa nak putus asa, dah tak ank sambung dah. kau penat dengan drama dunia ni. kau nak lari dari masalah kau.

pada siapa sebenarnya orang terbaik untuk kita salurkan kesedihan hati ini ? 


bagi aku, aku tak pernah tahu atau betul-betul sure sebab aku bab bab macam ni suka simpan sendiri je. nangis dalam bilik air cam biasa ah kan. ok, ni pendapat aku tau, korang jangan fikir macam ni pulak. pada pendapat aku, aku tak suka nak share dengan sesapa MELAINKAN kalau dia tanya hahaha

1. Ibu bapa?

First thing first, aku study jauh beribu batu kot. tak ke parents aku risau kalau tetiba aku call nangis-nangis pasal belajar tak masuk, belajar tak ingat and macam macam lagi. and, sebagai parents sendiri, sudah semestinya dieorang akan risau pasal anak masing-masing. yela, sapa tak sayang anak kan. tak pasal pasal tak tidur malam mengenangkan anak yang menangis sendu tapi jauh tak boleh nak jumpa. mengalir air mata mak ayah kita. tak gitu ke?

tapi, aku tak berniat untuk menyinggung hati ibu bapa sesiapa dalam statement aku ni. pada perspektif ibu bapa melalui pandangan aku ;;;; parents kan. mestilah sebagai ibu bapa, they realluy really want/nak anak-anak dia share everything. kalau boleh semua benda sebab nak tahu. tapi pada aku sebagai seorang anak, aku tak nak susahkan/ bebankan perasaan parents aku. jadi....?





2. bestfriend/ kawan-kawan?


pasal kawan ni, aku selalu fikir takut kawan-kawan aku tak nak dengar cerita aku. aku tak kata semua kawan-kawan aku tak nak dengar cerita aku. tapi, benda-benda macam ni wujud dalam kehidupan kita. contoh macam, one day, aku tetiba nangis, nak tak nak sebagai seorang kawan yang baik, mestilah dia cuba pujuk or dengar cerita aku kan. jadi, ni rela atau paksa rela? tapi, pada perspektif kawan aku (kalau ada) pada pendapat aku, mestilah dia orang nak aku cerita kan, yela kata bestfriend... tapi bila ada masalah, simpan sendiri. dah cemana.....

cuma, pada perspektif aku. aku tak nak susahkan kawan-kawan aku untuk bagi jalan penyelesaian atau cuba bagi kata kata motivasi untuk pujuk aku. tu je, bukan sebab tak anggap kawan baik ke apa

3. orang kita tak kenal pun


ni lagi haru biru, dia tak kenal kau takkan tetiba nak cerita masalah hidup. peh bawa masalah lagi adalah.




jadi, sebagai konklusi post kalini, aku end up jadikan katil atau bilik air tempat untuk aku nangis hahaha (jangan buat macam ni ye nanti depression baru tahu) jadikanlah, Dia sebagai tempat kita mengadu masalah-masalah dunia ni. InsyaAllah, akan Dia bantu dalam bentuk yang tak disangka-sangka. kadang-kadang kita tak perasan pun Allah dah settlekan masalah kita, jadi, bersyukur la dengan apa apa pun yang datang. ujian kan tanda Allah sayang?

by the way, ni cuma pendapat aku. biasalah, manusia ada pendapat dan pendirian masing-masing kan. ni cuma pendapat aku yang tak seberapa yang aku cuba keluarkan dalam bentuk tulisan. kalau korang memang jenis share problem dengan kawan atau parents atau sesiapa teruskan, ni cuma pendapat aku petang-petang ni. if you guys ada pendapat bertentangan dengan aku, terpulanglah. no hard feeling okay? :)


jadi, kalau korang? mengadu dekat sapa?

till then people, ilal liqa'

semoga Allah mempermudahkan urusan mu :)


No comments:

Post a Comment