Friday, January 6, 2017

Food Hunting @ Kuching, Sarawak

Assalamualaikum and good evening everyone. so, aku baru je lepas habis PBL which is quite tiring sebab the whole week buat research and tak study. So, tengah ada mood nak buat post baru. Jadi, this is it. The other day my friends and I, kiteorang pergi jalan-jalan sekitar Kuching untuk Food Hunting!! *clap clap clap* super excited!!!!!

So, after habis exam titas haritu, kiteorang google segala macam tempat makan yang best best dekat Kuching or sekitar Kota Samarahan ni, we did listed some places such as :-

  • Mom's Laksa Kopitiam (terkenal dengan mee nya yang sedap sedap)
  • Sepinang Sari Cafe and Restaurant ( mee kolokk)
  • Kopi O Corner ( lots of food)
  • King's Curry ( Pizza Durian )
  • Dot Waffle (Waffle???)
  • Gula Apong ( aiskrim!!! )
  • RJ Ayam Penyet Kopitiam ( ayam penyet/bakar )
  • Black Been Coffee & Tea (coffeesss)
  • Muhammad Lim's ( mushroom noodles )

Let's go! Jadi, the first place we went to Sepinang Sari Cafe and Restaurant yang memang terkenal dengan mee koloknya. Jadi, disebabkan nak cuba jugak mee kolok sedap ni, kiteorang pun pergi lah. Tapi, sebab kiteorang pergi hari sabtu plus pergi pulak time petang-petang so kedai nya buka tapi mee koloknya habis :(

tak dapat nak merasa mee kolok :(
So, beracadang pulak nak pergi Mom's Laksa Kopitiam. Tetapi, malangnya Mom's Laksa tutup hari sabtu ahad. hahahahaha semua fail nak pergi. Jadi, to those yang nak pergi, tengok dulu buka ke tutup hahahahha P/S THIS IS A MUST TO GO IF U GO KUCHING U KNOW WAJIBUL NGUNNAH

Next destination, kami pergi Kopi O Corner! Sangat cantik and sangat ramai orang. Luckily, datang tu ada jugak tempat kosong.


Nasi Ayam Penyet
Kuah Mee Kolok

Mee Kolokkkkk
Prata Cheese Daging
Semua sekali hehe nyum nyummm

Makanan taste good, sedap and oklah untuk kenyang. Banyak banyak ni pun kami kongsi 5 orang, not full but okay okay la. jadi, aku bagi 4 bintang dari 5 hahahaha (sukati je bagi bintang). Tempat cantik dan senang cari. Jadi, dekat sini, kami order Nasi Ayam Penyet (RM 10.60), Mee Kolok Udang Special (RM 8.50) dan Prata Cheese Beef (RM 9.50). Prata ni sedap gila ko tapi tulah my friends cakap rasa dia more macam ala ala roti john gitu. tapi, tak rugi untuk cuba prata ni (huhuh rindu dah hahaha) But so far, semua sedap. Highly recomended :)

Next! We went to Dot Waffle and Desserts Cafe.

Jadi, lepas makan makanan berat kan, nak makan dessert la konon nya and dekat Dot Waffle ni cam tempat-tempat hipster gittew. Cantik sangat buat tempat tangkap gambar hahahahaha jadi, dekat sini, kami order waffle aiskrim sedap weh. Tapi, not recomended untuk satu waffle seorang sebab high chances untuk rasa muak tu tinggi. Macam kiteorang order 3 waffle untuk 5 orang. (Alhamdulillah habis hahahha) And sedap gila weh! (untuk aku yang duduk hutan ni kan hahahaha) Aku bagi 3.8 over 5.



So, per waffle will cost you RM 8.00 untuk Waffle Ice Cream (Oreo) dan RM 9.00 Waffle Ice Cream (Oreo milo). I am not sure apa lagi pilihan yang ada sebab busy tangkap gambar hahaha tapi there's a lot more pilihan kat sini macam fresh juices, soda, milkshake and banyak lagi so don't forget to come and taste it bila datang Kuching hahaha! best and cantik and sedap 

Next destination is RJ Ayam Penyet Kopitiam. 

So, sebenarnya RJ ni dekat sebelah Kopi O Corner tu je tapi sebab masa tu awal lagi and RJ tengah tutup, so kami pergi RJ Kopitiam dekat cawangan lain which are dekat mana I am not really sure hehehe tapi tepi jalan tu parking pun kat situ je, kedai sebelah jual shisha hahahahahahahaha kat sini kami sampai dah nak malam  

Ice lemon tea (my feveret)
Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Bakar
Pisang goreng cheese
Dekat sini, ni je kami order sebab dah kenyang hahaha tapi tengah lapar. Kami order nasi ayam bakar (RM 9.50), nasi ayam penyet (RM 9.50) dan Banana Cheese (RM 8.00 -large) and air bla bla bla sangat sangat kenyang and sangat berpuas hati. RJ jugak is a beautiful restaurant tapi kekurangan lampu tapi sangat cantik. harga makanan semuanya berpatutan for us students ni ha kan. worth it la. cuma mungkin susah sikit nak parking so kena pusing balik kalau takde tempat parking. Tak rugi datang and rasa sendiri sedap cemana pastu rate sendiri. But, for me I am leaving 3 as my rate hehe by the way pisang cheese ni sedap gila makan panas panas nikmat dunia weh

menuuuuuuuuu
Our last destination is DP Ice Cream Gula Apong (sorry tak tahu nama betul campur malay english hehehe). Gula apong is a must kalau datang sarawak and I like it so much yang kecik RM 2 je kalau besar punya RM 5 je. The green one is perisa pandan and the other one is perisa gula apong. Ini 5/5! :P


So, thats all for that day. kebetulan pulak keluar ni hari terakhir 2016 -31 Dec 2016- so macam sambut new year sekali (acah je) banyak lagi kedai nak pergi tapi masa dan keadaan kedai yang tak buka la habis la apa la, tapi berpuas hati sangat sangat. Untuk setengah hari pergi 3 kedai yang memang terkenal dengan makanan-makanan sedap memang best (what am I saying)

Kami ada 5 orang, dan masing-masing keluarkan RM 50 seorang and at the end of the day, lepas bayar makanan and kereta sewa, kami dapat balik RM 10!!!!! Ha, keluar separuh hari RM40 je wehhhh sis terlajak happy hahaha. Jalan-jalan plus makan sampai kenyang, jadi untuk 40 hengget tu apalah sangat kan ha gitu. 

apa pun tips kalau nak pergi Food Hunting ni, jangan order makanan and air satu sorang sebab prinsip food hunting ni kita nak merasa bukan nak makan sampai perut pecah hahaha and rancang betul-betul nak pergi mana, plus tanya orang-orang yang memang stay situ sebab nak tahu mana tempat yang best nak makan ha gitu. tu je kot tips nya yang tak berapa nak macam tips hahahaha

Okaylah thats all for this post. rasanyalah. Till then peeps! 
Ilal liqa'
Assalamualaikum :)

 p/s : Harap-harap ada Food Hunting 2.0 hahahaha

No comments:

Post a Comment