Tuesday, August 16, 2016

Langkah pertama #mymedicaldiary

hai assalamualaikum semua!

I'm back and with hashtag #medicaldiary ????????? wah apeni apeni apeni

beauty with brain (Dr. Kang from DOTS) (awhhh so goals)

alhamdulillah, result degree baru keluar and this is my new start. Insya-Allah 5 tahun lagi ber-title doktor! saya bukan nak menunjuk atau cuba mengganas dengan topik baru ni cuma nak simpan segala kenangan indah ini dalam bentuk tulisan :) mana tahu, nanti nanti rindu kan? haha

Jadi ...... "Kenapa nak jadi doktor?"

secara jujurnya, sejak kecil lagi tak pernah pun terfikir pun saya berada di sini harini. (10 hari lagi saya akan kembali ke unimas dan menyambung pelajaran dalam bidang doktor perubatan. insya-Allah mohon dipermudah segala urusan) cuma sejak darjah satu, jika ditanya tetang cita-cita, jawapan sebagai doktor mesti akan terselit dalam banyak banyak pekerjaan. tapi bagaikan mimpi yang jadi kenyataan (sekarang pun macam tak boleh nak terima kenyataan lagi hehehe) nama saya dah pun tersenarai sebagai salah seorang pelajar perubatan.

 Jadi ...... "Kenapa nak jadi doktor?"

minat, desakan atau pilihan? semua ni pun memberi kesan terhadap pilihan saya harini.
minat? yes tapi not 100%.
desakan? ibu bapa keluarga? mungkin tapi bukan juga 100%.
atau pilihan? ini pun mungkin ya, sebab saya sendiri tak tahu nak sambung apa hahahaha

"Jadi doktor ni penat.. belajar penat, kerja pun penat. Kenapa nak jadi doktor?"

apa-apa pun saya tahu rancangan Yang Maha Esa itu adalah yang terbaik buat hamba-Nya. Insya-Allah kalau orang lain boleh dan mampu menghadapi segala rintangan dan dugaan dalam bidang ni, jadi kenapa tidak saya? Dengan izin-Nya, segala perkara yang tidak mustahil pun jadi mustahil kan? Jadi, apa pun perjalanan kita yang telah Allah tentukan itu sebenarnya yang terbaik untuk kita. Have faith in Him! Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ni. Jadi, why not?

sejujur-jujur nya saya bukan pun pelajar cemerlang. tak pernah terbayang saya akan ditawaran tawaran yang sangat berharga ni. tapi Alhamdulillah, bersyukur sangat! so to my friends yang dah pun dapat result degree korang, bersyukurlah! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. and congratulations everyone. you guys did well. apa-apa pun bidang kita ceburi, jadilah yang terbaik. okay?!

so goodluck everyone and buat sehabis baik ok. Insya-Allah sama-sama kita jadi cemerlang buat diri kita, keluarga, masayarakat dan jugak agama. mana yang baik, kita ambik. and mana mana yang kurang baik, kita tinggalkan jauh-jauh dan berubah jadi lebih baik dari diri kita sekarang.

I think that's all for this post. let me know you're reading this by leaving a comment ok! ok tu je hahaha

Ilal liqa' everyone
salam sayang, Atifah
& Assalamualaikum :)

p/s: doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan tau!

No comments:

Post a Comment