Wednesday, April 29, 2015

Temuduga IPG

Assalamualaikum!
Good morning!

Nak tahu tak? Nak tak? Nak tak? Esok ada interview ipg untuk subjek Matematik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Hulu Kinta, 31150 Ipoh, Perak. omg omg omg omg pengsannnnn


Kind of scary because i kinda hate interview. Lepastu disebabkan takut sangat, saya dah bersiap sedia dengan isu semasa sejak seminggu yang lalu hahahahahahahahahahahahahahahahaha kelam betul. People be like "interview ipg je pun apa yang kecoh sangat" tapi still kan ianya temuduga dan ianya merupakan perkara yang paling menakutkan uuuuuuuuuu

Jadi dengan gigihnya saya mula search semua isu semasa yang paling hangat macam pisang goreng cheese di pasaran macam GST ( Goods and Services Tax ), Pelaksaan Hudud di Malaysia, Pelaksanaan PBS dan PT3, tujuan PLKN, hari guru and bla bla bla

Sebenarnya sebelum temuduga Ipg ni, saya dah pun pergi Ujian Kelayakan Calon Guru atau UKCG ( yang ni dekat Kampus Bahasa di Kuala Lumpur ) alhamdulillah dah terlompat lompat dah semput takde oksigen dekat sana untuk lepas ujian kelayakan tu, saya berjaya pulak pergi temuduga ni yeay yeay angkat tangan angkat tangan angkat tangan meletop angkat tangan Alhamdulillah Alhamdulillah. okay goodluck and selamat berjaya kepada yang dah sudah temuduga atau pun bakal ke temuduga macam saya ni haa please doakan huhuhuhu

Semoga kita berjaya jadi pendidik yang mampu melahirkan anak anak muda yang akan mentadbir negara suatu hari nanti! InsyaAllah. ececececece

Sebenarnya berat sangat hati nak pergi temuduga ni sebab yang rahsia dan takut sangat hahahahahahahahaha tapi my parents pun memang galakkan sangat sangat sangat sangat masuk bidang perguruan sebab kerja dah memang terjamin dah. Gaji masyuk jeee. Belajar pun tak sesusah bidang lain. Dan paling penting yang kerja memang terjamin tu lah kan.

Tapi apa apa pun bidang yang kita ceburi, jangan lupa untuk niat kan bahawa kita lakukan semua tu untuk Allah. Bukan dapat keberkatan je, pahala pun dapat ok!

Okay ni sedikit soalan popular masa interview nanti
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?
scary sia
Penemuduga selalu juga tanya mengenai :
  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. 
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH

Jadi, lepas ni dah boleh panggil Cikgu Atifah la kot. kot la. Hahahaha ok doakan kejayaan saya dan semua! Goodluck evelibadi!



Ilal liqa'
Assalamualaikum!

13 comments:

  1. gudluck...hope sume dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. awakkkk. kita pun iv esok :) good luck ok! :-)

    ReplyDelete
  3. hmm..semoga berjaya dalam iv tau?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. good luck okeh.. hehee

    ReplyDelete
  5. goodluck!Alhamdulillah saya dah siap temuduga ipg hehe

    ReplyDelete
  6. Dari atas ruangan komen sampai ke bawah semua kata goodluck, so nak jadikan komen gua paling unik gua katakan semoga berjaya versi goodluck dalam bahasa melayu. Hahaha hmm terlepas nak isi IPG masa dalam asasi haritu maklumlah tak peka. Apapun buat yang terboekkk ok. Okbai. :D

    ReplyDelete