Thursday, April 16, 2015

lapanbelas tahun sehari

bahu gua nampak besar kan huhuhu

Hello fellas and a very good morning and assalamualaikum jugak to u guys yang dekat rumah atau dekat tempat kerja atopon tengah jogging (eh manada orang baca blog sambil jog)

memandangkan harini 16 april di mana merupakan sehari selepas birthday gua iaitu semalam kan so sebenarnya saya masih excited sebab dah lapan belas kan (hek eleh kau baru 18 kecoh pe) dah legal masuk pawagam dan boleh tengok porn eh tak tak tak tak dosa ok dosa well sebenarnya i wanna thank dekat korang yang mendoakan kesejahteraan titew di dunia akhirat. saya juga mendoakan yang terbaik buat kalian (aminkan cepat please)

ok sambil sambil gua melayan hitz fm sekarang ni gua tetiba nak update blog dengan takdek idea nya ko paham tak perasaan nak update jugak walaupun takde benda nak tulis dekat blog (sapa je nak baca) hahahahhahahahahahahahahahahahaha nampak tak permainan aku nak nampak post panjang tulis "hahaha" panjang panjang hahahahaahahhahahahahahahahaahaha tetiba ghase nak gelak lek la gua bukan gila kan dah kata excited itu masih berbisa (dah macam kilauan emas otai masih berbisa huhuhuh)

nanti lain lain hari saya akan cakap pasal benda lagi bermanfaat buat anda dan yang pasti tidak membuang energy anda untuk menggerakkan bola mata korang

sebenarnya harini nak merepek je nak cakap pasal banyak benda contoh macam jeles dan wishlist

perkara yang aku nak snagat sekarang ni kan aku nak sangat jadi cantik and plus kaya ko tahu tak perasaan nak tu macam mana!!! macam budak kecik nak susu dari mummy dia yang tengah kerja walhal dia dekat nursery, macam guru besar nak sekolah dia cemerlang gemilang terbilang walaupun budak budak sekolah teruk nauzubillah, macam atifah nak kahwin dengan crush dia eh

ha macam tu la perasaan nak sangat sangat tapi kita kena faham tau tak kadang kadang tak semua benda baik untuk kita tu kena faham ok. kena sangat sangat! macam Allah kata dalam surah Al-Baqarah ayat 216 "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

kita kena faham kadang kadang perasaan kita tu tak semestinya baik untuk kita ok! ada kebaikan kenapa kita tak berapa cantik macam keknis macam neelofa macam nora danish dan macam atifah eh eh #kodahkenapa silalah berpegang pada janji Dia dan kita mesti akan bahagia believe me :)


ok selain nak jadi cantik dan kaya saya juga mahukan buku #DIAgnosis 1 dan 2 yang gua dah cari merata tempat tapi tak jumpa gak kan sebab dengar khabarnya buku tu best sangat memandangkan cita cita asal saya nak jadi doktor yang cantik hahahaha. selain tu jugak saya nak pergi travel dapat pergi mana mana pun ok dah sebenarnya (esp pantai la kan) dapat rasa angin sepoi sepoi bahasa membuai buai tu ya Allah keindahan Tuhan

pastu sekarang perasaan cemburu tu membuak buak sangat memandangkan crush gua dah ada awek keliling pinggang (cis kaki perempuan betul crush aku ni) eh tak ah ni takde kena mengena. saya sebenarnya cemburu dengan orang yang dah belajar faham tak perasaan aku dah berapa lama duduk dekat rumah tak belajar apa apa selain belajar menternak lemak dekat peha je dan macam peha ayam

best betul dah belajar pastu selfie pastu letak location "utp" or "um" ke mana mana ke kan macam huwaaaa nak gak please kenapa aku kurang dapat tawaran ni ha sedih do ceni ko tahu tak

rindu sangat nak tidur dengan buku, rindu sangat nak menghafal fact fact penting, rindu sangat nak tulis note masa cikgu tengah membebel dekat depan, rindu sangat nak pakai beg pegang buku dekat tangan, rindu gak nak tengok muka crush gua yang kulit dia lagi flawless dari aku huhuhuhuhu

pastu nak gi shopping sangat sangat! ada tak kedai mana mana murah tapi branded huhuhhuhuh demand sia hahaha. memandangkan saya sekarang ni agak kaya kan so tengok je baju cantik sikit mula la gatal gatal nak try huhuhu tapi setakat ni baru beli baju je online hehehehhehehe cantik sangat tapi besar sangat ko tau flannel shirts or boyfriend tshirts tu kan ha tu la dia doploh nam je murah kan

tengok sumpah do aku suka merepek bapak panjang aku tulis hahahahahahahaahahahahha aku bet takde sapa baca kecuali kalau kau ni suka kat aku pastu stalk baca gak sampai habis pastu senyum senyum eh #kodahkenapa tipah peghasannya ok ah nak cau dulu thanks ah baca muah sikit

okay bye sayangku
ilal liqa'
assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment