Saturday, January 31, 2015

Sains Seri Puteri

Well hello and assalamualaikum people.


Harini saya nak share sikit pengalaman sepanjang dua tahun dekat Sains Seri Puteri or known as SESERI khas untuk rakan rakan bagi mengimbau kenangan ewahh hahah dan adik adik yang bakal ke seseri. Well untuk dua tahun berada dekat seseri di bawah penjagaan penuh kasih sayang oleh pengetua Datin Seri Zavirah Shaari merupakan antara saat saat yang paling berharga yang pernah saya alami dalam hidup.
Gambar atas nombor dua ni actually dewan makan hehehee 

RASMI PART

Well kita start dengan hari sekolah okay.

When i was in form four, i wake up at 430 am! Bapak awal tapi biasa la mula-mula. Lagipun masih junior kan hehehehehe so bila dah lama lama lambat jugak bangunnya. Jap let's make it simple

430 to 630 : Bangun mandi breakfast solat subuh
630 to 650 : Duty dorm [ sapu lap tingkap lap atas loker tegangkan cadar bla bla ]
650 to 710 : Reading session [ selasa  ganti perjumpaan rumah]
710 to 730 : Perhimpunan
730 to 150 : Belajar
150 to 250 : Rehat [ lunch + tukar baju prep ]
250 to 430 : Tutorial class + prep
430 to 630 : Boleh rehat rehat
630 to 7 something : Dinner sama sama
7 something to 8 : Maghrib time [ jemaah ]
8 to 10 : Prep
10 to 1015 : Supper [ wajib masuk tapi tak wajib makan ]
1015 to 10 something : Isya' [ jemaah ]
10 something to 1130 : Free time
1130 : Lights off and tidur zzz

And itu kehidupan untuk lima hari bersekolah seminggu. Untuk sabtu ahad lek lek sikit ( cuma sabtu ada prep dan ahad tak ada )

Nama nama batch :
  • Sagacious (2003–2004)
  • Vivacious (2004–2005)
  • Orion (2005–2006)
  • Calyx (2006–2007)
  • Zenith (2007–2008)
  • Valiant(2008–2009)
  • Bellatrix (2009–2010)
  • Clarion (2010–2011)
  • Elantra (2011–2012)
  • Estrella (2012-2013)
  • Alacris (2013-2014)
  • Aurelia (2014-2015)

 Classes :
  • Adioda
  • Bakerara
  • Cattleya
  • Dorisia
  • Eliara
  • Fialaara
  • Gastisia
  • Helpilia

Houses :

Dendrobium
Epidendrium
Oncidium
Brassidium

Dekat seseri rumah biru tak ada sebab seseri bertemakan orkid dan setakat ni tak ada lagi orkid warna biru. Pembahagian dorm mengikut warna rumah. Jumlah dorm ada 19 [ Dendro : 4 ; Epidendrium/Oncidium/Brassidium : 5 ]

Baju :



Kuning hitam : Baju prep
Ungu line kuning : Baju kokurikulum [ wear it on Wednesday ]
Baju batik ungu : Baju keluar bandar dan pulang bermalam
Merah/Oren/Kuning/Hijau line putih : Baju rumah [ pakai masa ada aktiviti rumah ]

TAK RASMI PART YANG BEST



Apa yang paling best dekat seseri adalah disebabkan kawan kawan. Bond between friends and seniors sangat sangat rapat. Senior memang baik. The first day saya datang ke seseri senior semua baik baik and dieorang bukannya berlakon. Seniors tolong angkatkan beg, bagitahu pasal seseri, bawa sana sini, and lain lain. Siap tolong ajar kan apa apa kalau tak faham. Dan hubungan baik ni berlanjutan sampailah sekarang. [ so parents jangan risau anak anak semua dalam keadaan baik sebab seseri tak ada buli buli hehehehe ]


Seseri best sebab korang akan terdidik untuk jadi friendly dan sporting sebab seseri amalkan 5S [ sopan senyum sapa salam and unknown S hehehehehe] believe me in this. Seseri jugak ajar kami untuk jadi lebih berkeyakinan dan sopan santun bak gadis melayu hehehe

Seseri best sebab seseri berada dekat tengah tengah bandar!!!!! Outing paling best sebab dapat pergi mana mana je ; Times Square, Pavilion, KLCC, Mid Valley, Sogo, Jalan Tar, PWTC [ selalu ada pesta buku ] ha mana lagi kau nak


Seseri ada pemandangan malam paling cantik sebab ada nya bangunan UMNO yang menerangi sekolah kami. Seseri boleh nampak klcc dengan jelas terang dan nyata. Balik balik prep tu best je tengok klcc dengan bangunan umno tu hahahaha lol.



Cikgu cikgu dekat seseri kebanyakan nya semua baik baik. That kebanyakan bukannya bermaksud ada cikgu yang jahat. Tak. Cuma garang and tegas je hehehehehehehe. Apa apa tak faham semua boleh tanya. Seseri ada cikgu cikgu yang sangat berkebolehan macam Puan Mahadiah, Cikgu Ahmad Hafiz, Cikgu Amin, Cikgu Hadip, Cikgu Hazilah, Miss Khor Swee Moi, Miss Liza dan ramai lagiiii. So no need to worry kena rajin tanya je okay! Dekat seseri selalu sangat buat experiment so senang faham kan praktikal berbanding belajar teori je


Selain tu, seseri banyak buat collaboration dengan pelajar sekolah lain. Bosan jugakkan belajar muka sama je 24/7. And the best part is bukan hanya dengan pelajar Malaysia je! Every year mesti ada kolaborasi dengan pelajar-pelajar Thailand. Selalunya seseri adakan kolaborasi dengan sekolah macam ASIS, STJ, RMC/MTD, SSP and bla bla bla ( memang tak lah nak sebut sesatu ) So kalau beruntung dapatlah menjelajah ke negeri negeri lain macam Johor ke Terengganu ke apa ke kan kan

 

Dekat seseri bab bab permainan yang aktif adalah permainan macam hoki, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola baling, boling and chess. Kalau korang pandai menari pergh boleh masuk Nirmala Digantra dan anda berpelung memakai make-up lol kalau nak best masuk Pengakap [ banyak aktiviti sampai matilah kau xxxxxx ]

lain lain yang best adalah laptop kamera powerbank boleh bawa! so boleh tengok movie waktu waktu sabtu ahad skype dengan mak ke apa ke

TAK RASMI PART YANG TAK BEST

Well kehidupan dekat seseri banyak dugaan beb. Sebab dekat seseri peraturan sangat sangat sangat sangat sangat ketat seperti contoh seseri ada waktu call. Waktu sekian sekian tak boleh call walaupun homesick [ tapi boleh consider dengan warden dan Hicom; Majlis Tertinggi ]

Pengawas seseri tegas tegas memang setiap tahun macam tu tapi dieorang baik je boleh je nak kauteam sebenarnya. Cuma jangan buat hal je. [ saya pun prefect jugak hehehehe ]

Seseri buat public speaking hari hari di mana korang kena bercakap in english or malay [ bergantung kepada nasib tapi semua orang akan kena sebenarnya hahaha ] yang paling perit bila kena buat hari isnin sebab pagi tu baru dapat tajuk and nama kena panggil waktu betul betul kena buat public speaking tu [ actually ni satu kebaikan jugak sebab melatih tahap keyakinna kita kan ]

Besides, seseri tak boleh makan dengan tangan everytime makan kena makan dengan susu dan garfu [ kalau anda berdegil juga untuk menjadi gadis melayu terimalah akibat kena dimerit disamping nama anda akan disebut seawktu tengah makan malam bersama sama pelajar lain ni sedih ]


Dekat seseri juga, kami pelajar pelajarnya (cewah) sangat sangat mementingkan kebersihan di mana pagi pagi tu semua kan kelam kabut gila sebab nak bersihkan dorm. Everything kena clean and clear okay. Kalau contoh tertinggal hanger [ yang patah walaupun satu dna kecil ] terimalah hakikat dorm anda akan slack pada hari tersebut dan ianya akan men-slack-kan pula hari anda sob sob loker pun kena kemas okay jangan sepah sepah nanti datin marah

Duduk dalam barisan pun kena straight jangan duduk senget senget

Dekat seseri jugak kadang kadang selalu terkejar kejar sebab takut kena dimerit. Haaaaaaa kalau lambat kena dimerit tau. Sedih i pernah kene dimerit sekali sebab tak tutup lampu masa nak naik prep. Kalau lambat naik kelas pun boleh kena dimerit. Tapi semua tu hanya menakutkan waktu mula -mula sekolah je dah lelama okay lah orang kata alah bisa tegal biasa kan hehehe okay dekat seseri benda jadi senang kalau dengar cakap cikgu and ikut peraturan.

And and and dekat seseri maggie diharamkan ya anak anak. mampus kau kalau jumpa maggie in your loker ke beg makanan ke apa ke. [ sebenarnya ni satu kebaikan sebab maggie kan bahaya makan positif ye anak anak ]

Dan yang lain lain akan korang rasa bila korang masuk seseri. Hidup dekat seseri sangat tough. Sumpah tak tipu. Tapi macam mana mana pun seseri is the best. Even though peraturan ketat mana pun korang tetap ada kawan kawan yang akan sentiasa tolong korang no matter what. Gaduh sikit sikit tu biasalah kan. So, nak masuk seseri? Fikir fikirkan dan selamat beramal hehehehehehe. 


Words from ex-seserian :-

"Seseri best sebab ada datin. Takde datin takdelah dugaan" - Amirah Md Nor
"Nak tahu kenangan pling banyak dekat mana? Seseri ahhh weh" - Nadia Safira
"Seseri banyak pancaroba dugaan godaan smue an an adee" - Arini Wahida
"Seseri je takde tong sampah" - Yasmin
"Seseri best sbb ada makcik jual karipap sedap"- Amirah Md Nor
"Kita sedikit sebanyak belajar erti kehidupan dekat Seseri" - Saradila Othman
"Nak jadi ironlady masuk ah seseri. lulz" - Izzati Kapi
"Challenging life to an extent of 180 degree, erecting legendary out of adversity - only in seseri"- Izaron
"Seserian lah pembersih tahap dewa" - Izzati Kapi
"Seseri mengajar kita jadi perempuan sejati gituuu hahah" -  Amirah Md Nor
"Seseri best" - Atifah Zulkifle
"Seseri best sbb mengajar kita tak makan maggie bila lapar lol" -  Amirah Md Nor
"Seseri best sbb bersih walaupun bangunan lama" -  Amirah Md Nor
"Seseri punya rules paling ridiculous but we still managed to bear with it" - Yanni Aliah
"Seseri buat Yana makin gemuk sbb setiap masa makan" - Yana
"Seseri school where friendships blossom" - Adrianna Nur
"Seseri ajar kita cipta kenangan sweet sour salty and bitter" - Arini Wahida
"Basketball seseri best sebab semua perempuan" - Aina Izzati

xoxo, Saya dari Alacris
Ilal liqa'
Assalamualaikum!

5 comments:

  1. School time is the best.. haha
    Ketat jugak ye peraturan kat seseri.. mesti penat kan ?
    tapi barula best.. adventurous sikit :)

    ReplyDelete
  2. Hai Atifah.
    Hidup kat SBP sumpah best and fyi,Cikgu Ahmad Hafiz tu pernah ajar sy kat SM Sains Bagan Datoh *kalau tahu kat mana ��*,year 2011 subjek Add Math.
    Seriously,rindu giler study kat SBP

    ReplyDelete
  3. kan boleh bawah laptop, laptop tu simpan kat mana?

    ReplyDelete
  4. hai akak..!! saya pon seseri gk...kitorg form1 first batch 03 kat seseri..!!!~~~ daebak kn..??eceh3

    ReplyDelete