Sunday, November 8, 2015

Homestay Hasni

assalamualaikum and good evening people. so how you're all doin?

it's have a been a long time that i didn't update anything here. but then, HEY! I'M IN MY SEMESTER BREAK! ( sebulan je pun hehehe ) berbulan beb I tak balik rumah. homesick teghok huwaaaaaaa tak tahan dah homesick dia. glad to be home! okay done with nonsense. so now, back to main topic hahaahaha

presenting to you ...........

HOMESTAY HASNI

No 121, Persiaran Putera 9, Bandar Baru Putra, 31400, Ipoh, Perak.

so basically, this is my parent's side income. Rumah teres 1 tingkat, ada tiga bilik yang selesa, ada empat katil yang disediakan ( 2 katil kahwin, 2 katil belum kahwin ) 

so, homestay ni berdekatan dengan 

- Kolej Kejururawatan Sultan Azlan Shah
- Pekan Tanjong Rambutan
- Bandaraya Ipoh 
- Taman Tema Tambun ( Lost World of Tambun )
- dekat Ipoh la to be exact

so katakanlah korang dari negeri luar selain perak dan tak ada tempat nak tinggal, this house might be suitable for you. hehehehe. not trying to exaggerate, but this house is comfortable and sesuai for everyone. serious talk! tak kiralah you're with your family or with your friends or even you're alone, you gonna be happy gila to stay here (okay ni macam dah exaggerate je lol)

katakanlah

- awak ada plan nak pergi kenduri kahwin dekat sekitar ipoh atau
- awak yang nak kahwin ehem ehem
- awak nak pergi Lost World of Tambun yang best giler kateko atau
- awak nak hadiri majlis or konvokesyen dekat Kolej Kejururawatan Sultan Azlan Shah
- atau awak mungkin akan ke negeri Perak Darul Ridzuan yang serba indah ni...
- atau awak sesaja nak duduk dekat homestay ni tanpa buat apa apa hahahahahahaha

awak mungkin perlu simpan this number (019-5906224) who knows, in case? hehehe

jadi, as you can see dekat bawah ni, there are some pictures of the house, so let the pictures do the talk!


bilik utama

bilik kedua

bilik ketiga

sofa + coffee table + tv but then the picture of the television was missing in action ......

rak tuala

Jadi, antara kemudahan yang telah kami sediakan untuk awak awak sekalian hehehe

1. TV 25 inci
2. Set Sofa "L Shape"
3. Parking Berbumbung / Teduh
4. Cerek Air Elektrik
5. Satu Set Meja Makan
6. 2 Helai Tuala
7. Sejadah
8. Kipas Angin Setiap Bilik
9. Rak tuala / sejadah

Jadi? berminat? cepat save this number cepat cepat cepat

019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224
019-5906224

do whatsapp atau sms atau call je okay? kami akan cuba balas mesej anda secepat yang mungkin. jadi tambah tolak darab bahagi, tak mahal tak murah RM150/malam. kalau stay dekat homestay ni lebih dari tiga malam, ada diskaun harga!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BERMINAT TAK? MURAH KAN GAIS!!!!!!!! ya Allah, mana nak dapat harga macam ni!!!! cepat cepat sebelum tarikh anda diambil orang hahahahahahaha 

oh ya sebelum terlupa, tempahan perlulah dilakukan terlebih dahulu okay! bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak best kan hohoh, jadi customer customer ku hehehehe rasa macam tauke kayu balak nak jual perabut hahaha

- TELEFON DULU...
- Confirmkan tarikh dan kadar sewa. 
- Depositkan wang ke dalam akaun bank Pn. Hasni sebanyak RM100  untuk homestay.
- SMS atau Whatsapp gambar resit jika sudah "bank in" deposit simpan resit tersebut, untuk sebarang rujukan. 
- So, Homestay telah ditempah dengan rasminya!! Senang kan?! kan kan kan 

p/s: Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan tempahan.

jadi, kalau ada apa-apa nak tanya pasal Homestay Hasni, sila silalah emailkan keraguan atau pertanyaan-pertanyaan anda ke hasnishukri72@gmail.com atau tinggalkan komen anda di entry ini atau dekat blog rasmi Homestay Hasni atau call je nombor ni okay (019-5906224).

do visit Ipoh! and call us! we're happy to hear something from you guys!

so, I think that's all. do visit Homestay Hasni  or http://homestayhasni.blogspot.my/ visit ok!!!!! jangan lupa! huhuhhuhuh okay dah dah

thank you for reading 
ilal liqa'
assalamualaikum!

Tuesday, July 21, 2015

Salam Syawal

assalamualaikum and good evening?

yes people, Syawal dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Di hari raya yang ke-entah keberapa ni saya rasa masih belum terlambat untuk diri ini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri *insert emoji bunga api harga lima puluh ringgit* Mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kuku  #salamkosongkosong eh. kalau ada yang terasa hati tu, dengan rendah dirinya saya minta maaf huhuhuhuhuhuhuhu kalau nak dibalas dengan duit, jemput ke rumah. lol dah buat salah cari pasal lagi

yang dah balik harini, sila turn off mood raya. fokus ok abang adik kakak semua. yang trial, sila jamah past year questions. yang mid term, boleh mula buka nota balik. yang dekat rumah, sila sila lah ke rumah. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ok dah gelak overnya hehe

oh ya nak pesan jangan lupa study sebab mid term and trial (spm) nak dekat dah kan. and jangan lupa jugak puasa enam. banyak kan kelebihan contohnya klik sini pendek kata rugi la kalau tak puasa enam. yang tinggal puasa, ganti cepat cepat. yang dah on the way balik kampus, hati hati.  yang masih mengharapkan duit raya, mohon sedar diri kita makin tua. yang tengah makan kuih raya, jangan lupa bawak balik unimas.

ok dah tu je, selamat beraya. jangan lupa orang tersayang. #salamsyawal :)

ada orang tegur tangan saya berurat ni sebab saya main gym harap maklum

kenapa bunga api 50 ringgit? sebab yang mahal je cantik yang murah 2 saat dah habis
kenapa sampai hujung kuku? sebab kuku lagi panjang dari jari?
kenapa jemput datang rumah? sebab rumah tak ada orang
kenapa hahahahahahahah panjang sangat? sebab tak sedih kot?
kenapa buat macam ni? tah sukahati aku la hohoho

okay ilal liqa'
assalamualaikum

Monday, June 29, 2015

almost

Assalamualaikum and hai people.

Well, it has been a long time since tak update blog. and finally almost a month dah dekat yonemas ni huhuhu everything just alhamdulillah. nothing bad and nothing yang macam best gila pun. biasa biasa jelah. first week nak serasikan diri dengan makanan, dengan orang sekeliling memang quite tough. biasalah kan semua benda baru so susah sikit. tapi alhamdulillah eveything just fine. class okay. lecturer semua muda muda hensem hensem cantik cantik baik baik best best. (yang hensem tu serius tak tipu) memang masuk kelas tak tidur lah kan! hahahahaha

and the best thing is datang yonemas sebab dapat naik kapal terbang huhuhuhu this is not my first time as when i was 15 days old (kot) i dah naik aeroplane bangga iolss fresh fresh keluar dah terbang ke langit. hahahahaha pastu tengok semua benda kecik kecik je kan sebab dah sampai atas langit kau pergh memang teruja bagaikan kera mendapat bunga kuikuikui


then let me introduce you to my dearest roommate. namanya panjang sangat tapi panggil mila je. nasib baik dapat roommate yang sekepala jugak, kalau tak.... tak tahulah. memang dari pagi sampai malam duduk dekat library je la kan BEST GILA DAPAT DIA NI JADI ROOMMATE hahahahaha mila jahat nakal peh hiperbola nya hahahhaha 

so this is mila and me of course lol

in conclusion everything okay je sebenarnya. cuma masa orientasi memang penat dia ya Allah tak dapat nak describe macam mana. masa pack gila. baju pakai campak, pakai campak. penuh baldi gua. sumpah tak saya tak macam ni. mak cik mak cik jangan fikir saya pemalas dan tak layak jadi menantu huhuuhhu and pernah sekali sebab stress sangat gugur air mata ku di bumi sarawak ni  kuikuikui tak gangster dah hahahaha and seniors semua acah acah garang nak mati tapi sebenarnya baik gila dah la kelako ditambah lagi pandai. cantik cantik pulak tu. yang lelaki memang hensem ah kan. tak payah sembang la pasal tu memang tak dapat dinafikan huhuhuh

satu masalah dekat sini adalah masalah komunikasi, penggunaan saya dan awak tidak lagi digunakan o em ji huhuhuhuhuhu semua dok kitak kamek je kuikuikui namun saya masih dalam masalah menggunakan perkataan tersebut jadi saya masih kekal dengan penggunaan saya awak huhuhuu tapi tu la masa tu pergi kedai nak fotostat dokumen penting. dan ketika itu, burung burung pun berkicauan lalu kami (sebab ada 5orang masa tu) pun masuk ke sebuah kedai alat tulis. kiteorang suruh fotostat berapa page je. tapi nak suruh dia faham apa kiteorang cakap tu ya Allah susah gila. last last dieorang gelak sebab tak faham kiteorg cakap apa. susah kan kan kan kan kan kan kan. terasa diri terhina sekejap uhuks. tapi last last faham jugak, pastu dieorang potostat pastu kiteorang pun balik 

sapa tengah happy ayuh high five!!

okay nak cerita pasal bilik. katil sebenarnya double decker so basically patutnya ada 4 orang sebilik tapi alhamdulillah saya dan Mila berdua saja huhuhuhu ramai ramai serabut la kan nak study pe semua. pastu nak kongsi kongsi loker lagi. serius ah memang cari tiket kapal terbang balik terus. lampu study pun cerah je best betul. kerusi disediakan alhamdulillah (tak dapat bayang macam mana nak kena beli kerusi kalau tak ada huhuuhu) memang selesa la yang pasti. cuma kadang kadang tahap kepanasan di sarawak tak dapat saya kawal, maka berpeluhlah kami berdua di dalam bilik serba indah ni.

pasal makanan, sedap je sebenarnya. cuma perut ini tak mampu menyesuaikan diri dengan makanan dekat sini. tapi sekarang dah boleh dah. banyak jugak la nasi yang dikebas (nasib baik dia kira seringgit jugak )huhuhuhu first week tu memang lepas makan je nak ke tandas. tak mampu ku nak bertahan. rindu betul dengan masakan umi haih. and makanan not so mahal biasa biasa je. kl lagi mahal kot hahahaaha. air pun okay je alhamdulillah. semua ada je sini. sama macam duduk kl atau ipoh jugak. cuma satu je tak ada






























budu. =( LOL



okay i got no more to talk. banyak sebenarnya. tapi let this be the first part. well, last but not least ........... pengalaman yang baru ni sangat sangat best dan kadang kadang memang mencabar iman dan kesabaran. biasalah tu kan dalam hidup kita mesti ada Dia selitkan sedikit kepayahan. maka, bersyukurlah dengan kesusahan yang sedikit tu. okay? CHEER UP! don't be so sad sebab jauh ke apa dengan family sebab ada hikmah di sebalik semua benda tu. so keep smiling and be a better person!

muka macam pondan hahahahahaahhahahaha

oh ya, Salam Ramadan dari saya! 
(dari bumi kenyalang) bye

ilal liqa'

Sunday, May 10, 2015

Ceria 1st Giveaway

Assalamualaikum.

Pagi pagi masa tengah isi borang nak pergi unimas tiba tiba nak blogwalking terjumpa giveaway dari Miss Xyz kan. Simple sangat syarat dia tak perlu follow ramai sangat orang just follow Miss Xyz and make a post then comment to her post. And you're done! Senang kan? Senang sangat! Rugi sangat uolss yang tak nak join!!

So tanpa berlengah lagi saya juga tidak melepaskan peluang ni huhuuh manalah tahu rezeki kan. Hadiah pun menarik sangat sangat.

Tekan banner ok kalau nak join. Much love,


saya tag my schoolmates and seorang random hehe


goodluck kepada semua yang join!
ilal liqa'

Thursday, May 7, 2015

yonemas

salam brader sistur
semalam kecoh (eh semalam ke)
ha semalam la kecoh pasal result upu


aku tak adalah kisah sangat pasal result upu
lek je main game hay day lambat lagi nak level 30 fuh
tapi sebenarnya cuak la jugak takut dapat first choice kan
memandangkan kedua abah dan umi ku berada di rumah
abah pulak yang over ops sorry abah hehehe
"kakak dah 1230 check la upu"
and aku macam oh yeke
then try la buka website kpm
lol error tak tau pasaipa
pastu try hantar sms pulak kan
dah la makan doplohsen
dia boleh tak reply pulak Ya Allah apakah ini
pastu macam lek lu scroll dulu twitter lelaju
nampak website ums
2 saat je nampak result
and i was like pftttt unimas beb
unimas
unimas
unimas
nightmare betul

pastu elok je lagi ok pe unimas first choice kan
lagipun setahun je
pastu harini aku research sikit pasal unimas
DAH DAPAT BARU NAK RESEARCH MASA PILIH TAK NAK BUAT RESEARCH YA RABBI
DISSAPOINTED DENGAN DIRI SENDIRI SGT SGT
LEPAS TU UNIMAS DEGREE KENA SAMBUNG SANA
GILA KE
hm nak nangis
and abah was like seronok sangat anak dia dapat pergi unimas
yeay abah is going back to sarawak
as i was born in sarawak kan so macam sirih pulang ke gagang

lepas tu kawan kawan abah that is my school teachers
semua macam
"ok la unimas senang jadi doktor"
"ha eloklah buat sains hayat dekat unimas"
"elok apa unimas"
"unimas tu unimas ini"
tapi gua lek muka toya gak
tapi tah la
praying for the best je uhuks

tiba tiba rasa nak demam huhuhu

tak tau la nak gi ke tak? suggestions? siapa dapat unimas? sila share story anda dengan saya huhuhu

okay assalamualaikum
ilal liqa'

p/s: abaikan doodle yang tak cantik huahahahahahaha

Monday, May 4, 2015

Mei

Assalamualaikum people!
Good morning!

May is here! Yeay yeay yeay.


a lot of things to do in May such as 
nak menternak lemak 
nak tambah kadar kolestrol dalam diri 
nak pergi honeyymoon ( tolonglah jadi sayangku ) kahkahkahkah 
(and result upu keluar lusa!!!!)
can't wait!
stay tuned!

i don't know why tapi excited bila dah bulan mei aahahahaha

p/s :  Semoga bulan Mei dan bulan bulan mendatang merupakan antara hari-hari terbaik untuk kita di dunia mendatangkan rezeki yang melimpah ruah buat kita. aminnnn

p/s : Thank you semua orang sebab wish untuk interview haritu!

Ilal liqa' 

Wednesday, April 29, 2015

Temuduga IPG

Assalamualaikum!
Good morning!

Nak tahu tak? Nak tak? Nak tak? Esok ada interview ipg untuk subjek Matematik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Hulu Kinta, 31150 Ipoh, Perak. omg omg omg omg pengsannnnn


Kind of scary because i kinda hate interview. Lepastu disebabkan takut sangat, saya dah bersiap sedia dengan isu semasa sejak seminggu yang lalu hahahahahahahahahahahahahahahahaha kelam betul. People be like "interview ipg je pun apa yang kecoh sangat" tapi still kan ianya temuduga dan ianya merupakan perkara yang paling menakutkan uuuuuuuuuu

Jadi dengan gigihnya saya mula search semua isu semasa yang paling hangat macam pisang goreng cheese di pasaran macam GST ( Goods and Services Tax ), Pelaksaan Hudud di Malaysia, Pelaksanaan PBS dan PT3, tujuan PLKN, hari guru and bla bla bla

Sebenarnya sebelum temuduga Ipg ni, saya dah pun pergi Ujian Kelayakan Calon Guru atau UKCG ( yang ni dekat Kampus Bahasa di Kuala Lumpur ) alhamdulillah dah terlompat lompat dah semput takde oksigen dekat sana untuk lepas ujian kelayakan tu, saya berjaya pulak pergi temuduga ni yeay yeay angkat tangan angkat tangan angkat tangan meletop angkat tangan Alhamdulillah Alhamdulillah. okay goodluck and selamat berjaya kepada yang dah sudah temuduga atau pun bakal ke temuduga macam saya ni haa please doakan huhuhuhu

Semoga kita berjaya jadi pendidik yang mampu melahirkan anak anak muda yang akan mentadbir negara suatu hari nanti! InsyaAllah. ececececece

Sebenarnya berat sangat hati nak pergi temuduga ni sebab yang rahsia dan takut sangat hahahahahahahahaha tapi my parents pun memang galakkan sangat sangat sangat sangat masuk bidang perguruan sebab kerja dah memang terjamin dah. Gaji masyuk jeee. Belajar pun tak sesusah bidang lain. Dan paling penting yang kerja memang terjamin tu lah kan.

Tapi apa apa pun bidang yang kita ceburi, jangan lupa untuk niat kan bahawa kita lakukan semua tu untuk Allah. Bukan dapat keberkatan je, pahala pun dapat ok!

Okay ni sedikit soalan popular masa interview nanti
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?
scary sia
Penemuduga selalu juga tanya mengenai :
  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. 
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH

Jadi, lepas ni dah boleh panggil Cikgu Atifah la kot. kot la. Hahahaha ok doakan kejayaan saya dan semua! Goodluck evelibadi!



Ilal liqa'
Assalamualaikum!

Saturday, April 25, 2015

Baju dan Perempuan

Hello and assalamualaikum. Good evening gois!

saya persembahkan bilik saya

Well perempuan dan baju (yang cantik) memang tak dapat dipisahkan bagai isi dan kuku, bagai gigi dan gusi dan juga bagaikan sam dan aida ops hahahahha (tahniah Sam Bunkface dah nikahhhhhhhh) sapa nak tengok gambar Sam kahwin tekan sini

Tadi sebenarnya saya baru je tengok video dari Shazreen Fadzlynda titled Primadona Girl huhuhu memang kelakar la kan sebab macam kena sangat dengan diri sendiri hahahaha like exactly betul gilaaaa

well sebagai perempuan kan kita kena jaga imej dan gaya sebab nak upload gambar dekat instgaram ye dok hahaha ok tak tak. jaga imej gaya dan aurat tu kan tuntutan Islam kepada muslimat (so cover elok elok ok girls) ok berbalik pada video ni serius baju berlambak gila like too much sampai tak muat almari nak letak but still bila nak keluar "ALAMAK TAK ADA BAJU NAK PAKAI!!!!!!!!"

setuju tak? sapa tak setuju pendek umur :P


"Umiiiii kakak tak ada baju nak pakai ni! Macam manaaaaa"

Lepas tu bila jumpa baju (yang cantik dan selesa dan menutup aurat), masalah lain pulak timbul, Tak ada tudung yang matching la. Tak ada seluar la. Tak ada kain la. Tak ada shawl la apa la. Lepas tu bila masalah selesai, kasut pulak tak kenaaaa! Ya Allah dugaan apakah ini sob sob sob

Pastu tangan di bahu mata ke atas "Girls Problemmmm"
Pastu pening pening lalat.
Last last.
Ambik blaus pakai seluar hitam gua bantai tudung prep hitam sekolah je.

Ni nak share. Pernah sekali masa tu nak keluar jenjalan je pun, pastu terduduk depan almari almost 15 minutes!! Sebab pikir nak pakai baju apa =,=
"Baju ni warna terang sangat"
"Yang ni jarang pulak"
"Yang ni senangkan kerja mak cik cleaner"
"Baju ni corak tak cantik"
"Ala baju ni tak ada tudung matching la pulak" and bla bla bla serius ni gua tak tipu lu.

Perempuan.
Pelik.
Tapi telanlah kepelikannya.

Ye la karang pakai tak cantik, tak cantik pulak feed instagram kan (okay please jangan bash saya)

Okay la macam merepek je post ni huhuhu. Ni bawah ni video yang tadi yang gua mention tu kan. Selamat menonton! Okay have a nice day people.



Ilal liqa'
Assalamualaikum!

Thursday, April 16, 2015

lapanbelas tahun sehari

bahu gua nampak besar kan huhuhu

Hello fellas and a very good morning and assalamualaikum jugak to u guys yang dekat rumah atau dekat tempat kerja atopon tengah jogging (eh manada orang baca blog sambil jog)

memandangkan harini 16 april di mana merupakan sehari selepas birthday gua iaitu semalam kan so sebenarnya saya masih excited sebab dah lapan belas kan (hek eleh kau baru 18 kecoh pe) dah legal masuk pawagam dan boleh tengok porn eh tak tak tak tak dosa ok dosa well sebenarnya i wanna thank dekat korang yang mendoakan kesejahteraan titew di dunia akhirat. saya juga mendoakan yang terbaik buat kalian (aminkan cepat please)

ok sambil sambil gua melayan hitz fm sekarang ni gua tetiba nak update blog dengan takdek idea nya ko paham tak perasaan nak update jugak walaupun takde benda nak tulis dekat blog (sapa je nak baca) hahahahhahahahahahahahahahahahaha nampak tak permainan aku nak nampak post panjang tulis "hahaha" panjang panjang hahahahaahahhahahahahahahahaahaha tetiba ghase nak gelak lek la gua bukan gila kan dah kata excited itu masih berbisa (dah macam kilauan emas otai masih berbisa huhuhuh)

nanti lain lain hari saya akan cakap pasal benda lagi bermanfaat buat anda dan yang pasti tidak membuang energy anda untuk menggerakkan bola mata korang

sebenarnya harini nak merepek je nak cakap pasal banyak benda contoh macam jeles dan wishlist

perkara yang aku nak snagat sekarang ni kan aku nak sangat jadi cantik and plus kaya ko tahu tak perasaan nak tu macam mana!!! macam budak kecik nak susu dari mummy dia yang tengah kerja walhal dia dekat nursery, macam guru besar nak sekolah dia cemerlang gemilang terbilang walaupun budak budak sekolah teruk nauzubillah, macam atifah nak kahwin dengan crush dia eh

ha macam tu la perasaan nak sangat sangat tapi kita kena faham tau tak kadang kadang tak semua benda baik untuk kita tu kena faham ok. kena sangat sangat! macam Allah kata dalam surah Al-Baqarah ayat 216 "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

kita kena faham kadang kadang perasaan kita tu tak semestinya baik untuk kita ok! ada kebaikan kenapa kita tak berapa cantik macam keknis macam neelofa macam nora danish dan macam atifah eh eh #kodahkenapa silalah berpegang pada janji Dia dan kita mesti akan bahagia believe me :)


ok selain nak jadi cantik dan kaya saya juga mahukan buku #DIAgnosis 1 dan 2 yang gua dah cari merata tempat tapi tak jumpa gak kan sebab dengar khabarnya buku tu best sangat memandangkan cita cita asal saya nak jadi doktor yang cantik hahahaha. selain tu jugak saya nak pergi travel dapat pergi mana mana pun ok dah sebenarnya (esp pantai la kan) dapat rasa angin sepoi sepoi bahasa membuai buai tu ya Allah keindahan Tuhan

pastu sekarang perasaan cemburu tu membuak buak sangat memandangkan crush gua dah ada awek keliling pinggang (cis kaki perempuan betul crush aku ni) eh tak ah ni takde kena mengena. saya sebenarnya cemburu dengan orang yang dah belajar faham tak perasaan aku dah berapa lama duduk dekat rumah tak belajar apa apa selain belajar menternak lemak dekat peha je dan macam peha ayam

best betul dah belajar pastu selfie pastu letak location "utp" or "um" ke mana mana ke kan macam huwaaaa nak gak please kenapa aku kurang dapat tawaran ni ha sedih do ceni ko tahu tak

rindu sangat nak tidur dengan buku, rindu sangat nak menghafal fact fact penting, rindu sangat nak tulis note masa cikgu tengah membebel dekat depan, rindu sangat nak pakai beg pegang buku dekat tangan, rindu gak nak tengok muka crush gua yang kulit dia lagi flawless dari aku huhuhuhuhu

pastu nak gi shopping sangat sangat! ada tak kedai mana mana murah tapi branded huhuhhuhuh demand sia hahaha. memandangkan saya sekarang ni agak kaya kan so tengok je baju cantik sikit mula la gatal gatal nak try huhuhu tapi setakat ni baru beli baju je online hehehehhehehe cantik sangat tapi besar sangat ko tau flannel shirts or boyfriend tshirts tu kan ha tu la dia doploh nam je murah kan

tengok sumpah do aku suka merepek bapak panjang aku tulis hahahahahahahaahahahahha aku bet takde sapa baca kecuali kalau kau ni suka kat aku pastu stalk baca gak sampai habis pastu senyum senyum eh #kodahkenapa tipah peghasannya ok ah nak cau dulu thanks ah baca muah sikit

okay bye sayangku
ilal liqa'
assalamualaikum 

Wednesday, April 15, 2015

15415

Assalamualaikum and hello people!!!!!

HAI SAYA DAH LAPANBELAS!

Okay jadi ini merupakan post yang pertama (not so pertama) setelah sekian lama tak update blog walaupun banyak masa terluang di rumah memandangkan belum belajar kan hehehehehehe harini special sangat cause it is my birthday yang ke 18 yeay yeay dah boleh kahwin hahhahahaha

the best thing for this year punya birthday is i got a lot of wishes from family friends exfriends and non friends hahahaahahaha you know that feeling bila ramai orang wish birthday kita macam wau wau wau hahaha

memandangkan crush gua pun wish so it was great and awesome and best and paling best hahahahahaha dear crush u made my day u know ketahuilah saya tidur dengan senyuman hanya kerana ucapan birthday darimu ewah hahahahahahaaha

maka dengan ini terimalah nyanyian dariku ok tak sempat nak crop yang merepek dekat depan tu kan huahahahahaaha jadi hehehhe Happy Birthday to me!

video

xoxo, Atifah Zulkifle on 15 of April 2015 
ilal liqa'

oh ya thank you sangat sangat for uolss punya wish iolss hargai sangat yang nyanyi yang text yang call yang hantar gambar yang hantar video yang tag dekat ig yang semua lah semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki insyaAllah!

Saturday, January 31, 2015

Sains Seri Puteri

Well hello and assalamualaikum people.


Harini saya nak share sikit pengalaman sepanjang dua tahun dekat Sains Seri Puteri or known as SESERI khas untuk rakan rakan bagi mengimbau kenangan ewahh hahah dan adik adik yang bakal ke seseri. Well untuk dua tahun berada dekat seseri di bawah penjagaan penuh kasih sayang oleh pengetua Datin Seri Zavirah Shaari merupakan antara saat saat yang paling berharga yang pernah saya alami dalam hidup.
Gambar atas nombor dua ni actually dewan makan hehehee 

RASMI PART

Well kita start dengan hari sekolah okay.

When i was in form four, i wake up at 430 am! Bapak awal tapi biasa la mula-mula. Lagipun masih junior kan hehehehehe so bila dah lama lama lambat jugak bangunnya. Jap let's make it simple

430 to 630 : Bangun mandi breakfast solat subuh
630 to 650 : Duty dorm [ sapu lap tingkap lap atas loker tegangkan cadar bla bla ]
650 to 710 : Reading session [ selasa  ganti perjumpaan rumah]
710 to 730 : Perhimpunan
730 to 150 : Belajar
150 to 250 : Rehat [ lunch + tukar baju prep ]
250 to 430 : Tutorial class + prep
430 to 630 : Boleh rehat rehat
630 to 7 something : Dinner sama sama
7 something to 8 : Maghrib time [ jemaah ]
8 to 10 : Prep
10 to 1015 : Supper [ wajib masuk tapi tak wajib makan ]
1015 to 10 something : Isya' [ jemaah ]
10 something to 1130 : Free time
1130 : Lights off and tidur zzz

And itu kehidupan untuk lima hari bersekolah seminggu. Untuk sabtu ahad lek lek sikit ( cuma sabtu ada prep dan ahad tak ada )

Nama nama batch :
  • Sagacious (2003–2004)
  • Vivacious (2004–2005)
  • Orion (2005–2006)
  • Calyx (2006–2007)
  • Zenith (2007–2008)
  • Valiant(2008–2009)
  • Bellatrix (2009–2010)
  • Clarion (2010–2011)
  • Elantra (2011–2012)
  • Estrella (2012-2013)
  • Alacris (2013-2014)
  • Aurelia (2014-2015)

 Classes :
  • Adioda
  • Bakerara
  • Cattleya
  • Dorisia
  • Eliara
  • Fialaara
  • Gastisia
  • Helpilia

Houses :

Dendrobium
Epidendrium
Oncidium
Brassidium

Dekat seseri rumah biru tak ada sebab seseri bertemakan orkid dan setakat ni tak ada lagi orkid warna biru. Pembahagian dorm mengikut warna rumah. Jumlah dorm ada 19 [ Dendro : 4 ; Epidendrium/Oncidium/Brassidium : 5 ]

Baju :



Kuning hitam : Baju prep
Ungu line kuning : Baju kokurikulum [ wear it on Wednesday ]
Baju batik ungu : Baju keluar bandar dan pulang bermalam
Merah/Oren/Kuning/Hijau line putih : Baju rumah [ pakai masa ada aktiviti rumah ]

TAK RASMI PART YANG BEST



Apa yang paling best dekat seseri adalah disebabkan kawan kawan. Bond between friends and seniors sangat sangat rapat. Senior memang baik. The first day saya datang ke seseri senior semua baik baik and dieorang bukannya berlakon. Seniors tolong angkatkan beg, bagitahu pasal seseri, bawa sana sini, and lain lain. Siap tolong ajar kan apa apa kalau tak faham. Dan hubungan baik ni berlanjutan sampailah sekarang. [ so parents jangan risau anak anak semua dalam keadaan baik sebab seseri tak ada buli buli hehehehe ]


Seseri best sebab korang akan terdidik untuk jadi friendly dan sporting sebab seseri amalkan 5S [ sopan senyum sapa salam and unknown S hehehehehe] believe me in this. Seseri jugak ajar kami untuk jadi lebih berkeyakinan dan sopan santun bak gadis melayu hehehe

Seseri best sebab seseri berada dekat tengah tengah bandar!!!!! Outing paling best sebab dapat pergi mana mana je ; Times Square, Pavilion, KLCC, Mid Valley, Sogo, Jalan Tar, PWTC [ selalu ada pesta buku ] ha mana lagi kau nak


Seseri ada pemandangan malam paling cantik sebab ada nya bangunan UMNO yang menerangi sekolah kami. Seseri boleh nampak klcc dengan jelas terang dan nyata. Balik balik prep tu best je tengok klcc dengan bangunan umno tu hahahaha lol.



Cikgu cikgu dekat seseri kebanyakan nya semua baik baik. That kebanyakan bukannya bermaksud ada cikgu yang jahat. Tak. Cuma garang and tegas je hehehehehehehe. Apa apa tak faham semua boleh tanya. Seseri ada cikgu cikgu yang sangat berkebolehan macam Puan Mahadiah, Cikgu Ahmad Hafiz, Cikgu Amin, Cikgu Hadip, Cikgu Hazilah, Miss Khor Swee Moi, Miss Liza dan ramai lagiiii. So no need to worry kena rajin tanya je okay! Dekat seseri selalu sangat buat experiment so senang faham kan praktikal berbanding belajar teori je


Selain tu, seseri banyak buat collaboration dengan pelajar sekolah lain. Bosan jugakkan belajar muka sama je 24/7. And the best part is bukan hanya dengan pelajar Malaysia je! Every year mesti ada kolaborasi dengan pelajar-pelajar Thailand. Selalunya seseri adakan kolaborasi dengan sekolah macam ASIS, STJ, RMC/MTD, SSP and bla bla bla ( memang tak lah nak sebut sesatu ) So kalau beruntung dapatlah menjelajah ke negeri negeri lain macam Johor ke Terengganu ke apa ke kan kan

 

Dekat seseri bab bab permainan yang aktif adalah permainan macam hoki, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola baling, boling and chess. Kalau korang pandai menari pergh boleh masuk Nirmala Digantra dan anda berpelung memakai make-up lol kalau nak best masuk Pengakap [ banyak aktiviti sampai matilah kau xxxxxx ]

lain lain yang best adalah laptop kamera powerbank boleh bawa! so boleh tengok movie waktu waktu sabtu ahad skype dengan mak ke apa ke

TAK RASMI PART YANG TAK BEST

Well kehidupan dekat seseri banyak dugaan beb. Sebab dekat seseri peraturan sangat sangat sangat sangat sangat ketat seperti contoh seseri ada waktu call. Waktu sekian sekian tak boleh call walaupun homesick [ tapi boleh consider dengan warden dan Hicom; Majlis Tertinggi ]

Pengawas seseri tegas tegas memang setiap tahun macam tu tapi dieorang baik je boleh je nak kauteam sebenarnya. Cuma jangan buat hal je. [ saya pun prefect jugak hehehehe ]

Seseri buat public speaking hari hari di mana korang kena bercakap in english or malay [ bergantung kepada nasib tapi semua orang akan kena sebenarnya hahaha ] yang paling perit bila kena buat hari isnin sebab pagi tu baru dapat tajuk and nama kena panggil waktu betul betul kena buat public speaking tu [ actually ni satu kebaikan jugak sebab melatih tahap keyakinna kita kan ]

Besides, seseri tak boleh makan dengan tangan everytime makan kena makan dengan susu dan garfu [ kalau anda berdegil juga untuk menjadi gadis melayu terimalah akibat kena dimerit disamping nama anda akan disebut seawktu tengah makan malam bersama sama pelajar lain ni sedih ]


Dekat seseri juga, kami pelajar pelajarnya (cewah) sangat sangat mementingkan kebersihan di mana pagi pagi tu semua kan kelam kabut gila sebab nak bersihkan dorm. Everything kena clean and clear okay. Kalau contoh tertinggal hanger [ yang patah walaupun satu dna kecil ] terimalah hakikat dorm anda akan slack pada hari tersebut dan ianya akan men-slack-kan pula hari anda sob sob loker pun kena kemas okay jangan sepah sepah nanti datin marah

Duduk dalam barisan pun kena straight jangan duduk senget senget

Dekat seseri jugak kadang kadang selalu terkejar kejar sebab takut kena dimerit. Haaaaaaa kalau lambat kena dimerit tau. Sedih i pernah kene dimerit sekali sebab tak tutup lampu masa nak naik prep. Kalau lambat naik kelas pun boleh kena dimerit. Tapi semua tu hanya menakutkan waktu mula -mula sekolah je dah lelama okay lah orang kata alah bisa tegal biasa kan hehehe okay dekat seseri benda jadi senang kalau dengar cakap cikgu and ikut peraturan.

And and and dekat seseri maggie diharamkan ya anak anak. mampus kau kalau jumpa maggie in your loker ke beg makanan ke apa ke. [ sebenarnya ni satu kebaikan sebab maggie kan bahaya makan positif ye anak anak ]

Dan yang lain lain akan korang rasa bila korang masuk seseri. Hidup dekat seseri sangat tough. Sumpah tak tipu. Tapi macam mana mana pun seseri is the best. Even though peraturan ketat mana pun korang tetap ada kawan kawan yang akan sentiasa tolong korang no matter what. Gaduh sikit sikit tu biasalah kan. So, nak masuk seseri? Fikir fikirkan dan selamat beramal hehehehehehe. 


Words from ex-seserian :-

"Seseri best sebab ada datin. Takde datin takdelah dugaan" - Amirah Md Nor
"Nak tahu kenangan pling banyak dekat mana? Seseri ahhh weh" - Nadia Safira
"Seseri banyak pancaroba dugaan godaan smue an an adee" - Arini Wahida
"Seseri je takde tong sampah" - Yasmin
"Seseri best sbb ada makcik jual karipap sedap"- Amirah Md Nor
"Kita sedikit sebanyak belajar erti kehidupan dekat Seseri" - Saradila Othman
"Nak jadi ironlady masuk ah seseri. lulz" - Izzati Kapi
"Challenging life to an extent of 180 degree, erecting legendary out of adversity - only in seseri"- Izaron
"Seserian lah pembersih tahap dewa" - Izzati Kapi
"Seseri mengajar kita jadi perempuan sejati gituuu hahah" -  Amirah Md Nor
"Seseri best" - Atifah Zulkifle
"Seseri best sbb mengajar kita tak makan maggie bila lapar lol" -  Amirah Md Nor
"Seseri best sbb bersih walaupun bangunan lama" -  Amirah Md Nor
"Seseri punya rules paling ridiculous but we still managed to bear with it" - Yanni Aliah
"Seseri buat Yana makin gemuk sbb setiap masa makan" - Yana
"Seseri school where friendships blossom" - Adrianna Nur
"Seseri ajar kita cipta kenangan sweet sour salty and bitter" - Arini Wahida
"Basketball seseri best sebab semua perempuan" - Aina Izzati

xoxo, Saya dari Alacris
Ilal liqa'
Assalamualaikum!

Tuesday, January 20, 2015

Insecure

Hello hello assalamualaikum

Memandangkan sekarang ni aku masih tidak bekerja ( sebab tengah tunggu result spm ) jadi memang banyak lah kesempatan aku untuk meng-scrool laman laman twitter instagram dan sebagainya dan semestinya bila kau dah follow orang orang cantik macam Khadyjah Fhatyah, Sheera Aiyob, Tasha Manshahar, Princess Meenie semua semua tu tahap insecure tu Ya Allah entahlah nak tak dapat aku nak gambarkan betapa jelesnya aku melihat ke-flawless-an dieorang.

Tak cukup dengan retis kawan kawan pun flawless flawless jugak macam Hafsah Anne Haniza Putri Nadirah aiyoo mak i cannot. I know that feeling bila kau nak keluar tetiba muka kau macam haram lepas tu jalan jalan pulak merata rata sana sini jumpa lagi orang flawless flawless tinggi tinggi ugh

Lepas tu lepas tu usha usha jap blog orang lain jumpa pulak cerita Kak Fatin Liyana dah bertunang i was like iolss dah tunang ke damn she's pretty like gila kau sedihnya aku ( aku tak sedih kak paten dah tunang malah aku gembira yang aku sedih sebab dia cantik sangat dan aku sedih okay )
 

jadi post harini aku pun tak tahu apa tujuan sebenarnya aku just nak bercakap je sebenarnya okay 
jumpa lagi
bye
ilal liqa'
assalamualaikum :)

Sunday, January 11, 2015

Kawan

Sebab bukan senang nak cari kawan
Yang ada bila kita susah dengan senang

Kebanyakan orang tahu ambik kesempatan atas kita je
Bila kita senang ada lah
Bila kita susah carilah dekat mana pun takde

Hidup ni bukan nak lepaskan diri kita je
Bila kita dah lepas
Kawan yang ada
Kita lupa
Tinggal macam tu je

Macam tu ke kawan?

Kalau itu definisi berkawan bagi kau
Aku rasa baik kita tak payah berkawan

Harini aku sedih sangat.
Sedih ada kawan macam ni.
Kau dah dekat tempat selesa dan kau tinggal aku yang masih lemas ni.
Susah ke nak tawarkan walau sedikit pertolongan?
Berat sangat ke aku ni sampai aku yg tengah 'lemas' ni kau tinggal macam tu je?

-sedih

Tuesday, January 6, 2015

nasib

pernah tak kita bayangkan

satu hari nanti kita tak ada apa apa
takde duit
takde rumah
takde makanan

macam mana kita nak hidup?

bayangkan semua benda yang kita ada sekarang
hilang secara tiba tiba
tanpa kita sempat nak selamatkan apa apa pun

agak-agaknya
macam mana nasib kita nanti ya

Saturday, January 3, 2015

Scholarships

Assalamualaikum people! Hai ni antara sikit link utk mohon biasiswa special utk lepasan SPM 2014! Jangan lupa mohon je okay! Mana tahu ada rezeki kita nak dapat kan? Good luck! 

SUMBER : WhatsApp

Sumber drp ipta ttg Permohonan
Kemasukan ke IPTA 2015/2016

√ 18 Jan 2015 - Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
√ 19 Jan 2015 - Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
√ 6 April 2015 - Tarikh tutup permohonan

tlg forward kpd kwn2 kita yg lepasan spm 2014..

Untuk matrikulasi dan asasi

Permohonan online upu ( upu.moe.gov.my )

• FASA 1: 19/1/2015 - 6/4/2015
• FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 - 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015

Cara isi borang online upu:

Bilangan program ade 12. Wajib isi 4.

1. Untuk program yg ade temuduga:
- Bgi research university (ru), isi pilihan 1-2.
- Bagi ipta biase, isi pilihan 5-6.

2. Bgi program yg x ade temuduga:
- RU pilihan no 1-4
- Ipta 5-6

Boleh kemaskini tiga kali termsuk yg fasa 2. Sila pastikan ade lagi peluang utk kemaskini semasa FASA 2 sbb mse tu kite buleh ikut kesesuaian result kite.

**Jgn isi pngk dan kaum semasa isi borang online. Sbb bende tu dah selaras sendiri dgn jpn. Hrp mklum.

Buat anak2  atau ahli keluarga sekiranya berminat.

Senarai biasiswa lepasan SPM



















YANG BAWAH NI DARIPADA SUMBER LAIN [ HARAP MAKLUM]

Antara biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan SPM/STPM/Matrikulasi dan setaraf: 




Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/








Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/


Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my
 
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my

Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html 

Yayasan Pahang: www.yp.org.my

Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my

Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my
Nb
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index