Tuesday, December 30, 2014

Korea Flawless

Hai! Assalamualaikum!

Okay people. Kita berjumpa lagi hehehehehehehehehehehehehehehehe. So, today I would like to share some tips nak cantik!!

SAPA NAK JADI CANTIK?
SAPA NAK JADI FLAWLESS?
SAPA NAK MUKA MACAM KOREA?

krik krik

Okay takpe. As we all know, bila kita cakap pasal korea je, mesti ada je orang yang menyumbangkan pendapat masing-masing seperti ..........................

"Pembedahan plastik, memanglah cantik"
"Tipu je semua ni, bukan betul pun"
"Muka licin sebab buat pembedahan"

and bla bla bla. Well, actually kan kan memang ramai penduduk korea yang buat pembedahan plastik or Plastic Surgery ni. Memang ramai, tapi ada jugak yang yang memang natural cantik. Alahai insecure nya saya ... Okay, tanpa membebel dengan lebih panjang ayuh kita ke tips tips yang diamalkan oleh kebanyakan artis Korea.

PERTAMA : AMALAN MINUM TEH HIJAU

 Herbal, green

Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus! Selain itu, teh hijau juga dapat menghilangkan bau mulut tau tak hehehehe

KEDUA : PENGGUNAAN PENCUCI MUKA

 
 Shu Uemura Anti/Oxi Cleansing Oil Review: http://bit.ly/1699qJg
 
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

KETIGA : PENGGUNAAN PENYEGAR WAJAH

eyes

Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

KEEMPAT : PENGGUNAAN PELEMBAB MUKA

http://melacolea.files.wordpress.com/2012/03/c360_2011-09-04-14-22-38.jpg

Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

KELIMA : AMALAN SENAMAN WAJAH


Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Tapi jangan baca macam berzikir pulak. Baik berzikir je.

KEENAM : URUTAN MUKA

falling snow

Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

KETUJUH : PENGGUNAAN PUPUR WAJAH

 
Clarifying Mask Sulwhasoo

Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Okay tu je! Keep reading and keep following next post! Need to go!

I think this works, but remember Girls always do a test on your hand before you put something on your face, you can be allergic without it . Good :3

p/s: Pemilihan semua produk yang korang pakai mesti bersesuaian dengan muka! Better dapatkan nasihat daripada pakar!

Ilal liqa'
Assalamualaikum!

Credit to : THIS THIS THIS THIS THIS THIS and THIS

No comments:

Post a Comment