Thursday, June 12, 2014

Tahu // Fynn Jamal



dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mampu wujud sunyi
di riuh engkau berdiri

satu persatu hilang ertinya
berdikit dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana engkau harus pergi

haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu namun tak kau aku kan

kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama engkau ada
maka perlu apa engkau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi

sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu namun tak kau aku kan

apa kau cari
yang sebetul betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya

apa kau nanti
yang sesungguh sunguhnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama

sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambukan
kau tahu
kau sayu
kau rindu
sama tuhan

No comments:

Post a Comment