Monday, December 23, 2013

Rindu.

"I miss you. Do you?"


Kalau aku cakap aku rindu.
Agak-agaknya kau percaya tak?

--------------------------------

Aku tak tahulah.
Tapi hati ni.
Rindu kau.

--------------------------------

Jauh di sudut hati.
Aku rindu.
Akan senyumannya.
Suaranya.
Kata-katanya.

--------------------------------

Rindu ini.
Jauh di dalam.

--------------------------------

"Perasaan rindu ialah satu anugerah mahal yang tidak boleh diada-adakan. Bahkan ia adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya apabila teringat pada seseorang atau perkara yang dia sayang. Terkadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang.  Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

Perasaan rindu yang timbul tanpa diundang adalah pemberian Allah kepada hamba-Nya. Ia bukan satu kesalahan kerana manusia tidak mampu menghalang perasaan rindu. Ia soal hati. Perasaan dalaman. Bukan seperti mencuri yang tindakannya menggunakan tangan. Dan mencarut yang tindakannya menggunakan mulut. Kerana Allah Maha Adil. Soal hati hanya Allah sahaja mampu menghukum. Manusia tidak.

Berbalik pada perasaan rindu. Hebatnya Allah menciptakan perasaan ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia. Rindu sebagai tali penghubung hati meski jasad dipisahkan oleh jarak dan masa. Allah Maha Tahu bahawa hamba-Nya yang bertemu sesama mereka pasti ada waktunya terpaksa berpisah. Kerana itu rindu dicipta semata-mata sebagai pertalian yang tidak mungkin terputus antara manusia meski terpaksa melalui perpisahan. Malah manusia yang dipisahkan oleh dua alam yang berbeza pun mampu merasakan kewujudannya dengan perasaan rindu. Masyaallah.

Namun rindu yang timbul ini andai disalah guna, ia mampu menukar daripada sesuatu anugerah kepada kesalahan. Kerana rindu yang timbul jika tidak dikawal, mampu membawa manusia ke arah kerosakan. Seperti mana harta. Kehadiran harta dalam hidup manusia pada asalnya rezeki dan anugerah untuk manusia hidup atas muka bumi ini dengan senang. Tetapi andai harta disalah guna, maka harta tadi mampu membawa manusia kearah kerosakan. Seperti itulah rindu.

Tetapi sebaik-baik rindu manusia ialah pada Pencipta manusia. Allah. Rindu yang tiada tandingan. Meski tidak pernah bertemu, tetapi perasaan rindu untuk bertemu Allah cukup kuat. Kerana hati kita juga makhluk ciptaan-Nya. Hati mampu berbicara pada penciptanya. Bukan sahaja hati, malah seluruh jiwa dan anggota badan kita pasti merindukan untuk bertemu dengan Allah di akhirat kelak dan melihat wajah-Nya.

Hebat sungguh rindu pada Allah. Berbeza rindu pada manusia." - tienasasukei





No comments:

Post a Comment